Perakaunan adalah salah satu bidang professional
yang mempunyai standard dan piawaian yang tersendiri. Mempelajari subjek ini
adalah amat menarik hal ini kerana ianya dapat di praktikan dengan kehidupan
seharian kita. Setiap individu boleh mempelajarinya secara formal mahupun tidak
formal. Malahan kita mempunyai kelebihan berbanding orang lain sekiranya dapat
menguasai asas dalam perakaunan ini. Hal ini kerana, perakaunan ini dapat
membantu kita mengguruskan wang dengan bijak selain dapat mengelakkan penipuan
yang semakin berleluasa di abad ini. Setiap hari kita menjalani proses
perakauanan iaitu dalam urusan jual beli.
Perakaunan masih merupakan satu bidang penting
tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang
melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor
utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini. Perkembangan pesat sektor
ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup
luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan
lagi peranan bidang ini tidak kira dari segi pengurusan mahupun pengkomputeran
sesebuah organisasi.
Program
sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/instjtusi pengajian
tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat
tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang
peranan, sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan
adanya program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah
bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.
Kursus-kursus dan program perakaunan telah
distrukturkan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat,
pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan
organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama
ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi
awam atau swasta.

Antara kursus yang diajar semasa pengajian
termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen,
percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang-undang perniagaan, prinsip
perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem
perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.
Lulusan
yang mengikuti program ini seharusnya berkeupayaan memulakan kerja sebagai
akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau
guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak
terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma
perakaunan, di bidang pendidikan, pembangunan hartanah serta dunia pelaburan.



Comments
Post a Comment