Harini Abang nak cerita tentang sekolah Abang semasa Abang masih bergelar seorang pelajar sekolah suatu ketika dahulu. Sebelum Abang meneruskan lebih lanjut mari Abang ceritakan sedikit berkenaan sekolah Abang.
Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1971 dengan menampung pelajar-pelajar Melayu dari sekolah rendah kawasan Sungai Siput. Nama awal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Siput. Pembukaan sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Dato Musa Hitam. Bendera sekolah ini dicipta oleh En. Aun b. Yob Abas dalam tahun 1972, manakala logonya dicipta oleh En. Zainal Abidin b. Yusof. Kedua-dua orang guru ini merupakan kakitangan sekolah ini.
Pada tahun 1972 juga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan. Hasil cadangan persatuan ini, nama sekolah ini ditukar kepada nama Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Muda Abdul Aziz, Sungai Siput mengambil sempena nama seorang penghulu yang mengasaskan Sungai Siput (U), bapa kepada Datuk Haji Abdul Wahab, Toh Panglima Bukit Gantang, pejuang kemerdekaan dan Menteri Besar Perak yang pertama. Pada tahun 1976 nama baru sekolah ini diterima secara rasmi. Pada tahun 1988, asrama putera dan asrama puteri mula dibuka kepada murid di kawasan Sungai Siput ini. Pada tahun 1989, Jabatan Pendidikan Perak telah memperkenalkan Kelab Rancangan Khas di sekolah ini. Pada tahun 1990 pula, kelas Tingkatan Enam telah dimulakan.
Okay itu adalah serba sedikit tentang sejarah sekolah Abang. Abang telah bersekolah di sini hampir lebih 7 tahun iaitu dari Abang form 1 hinggalah Abang tamat form 6 tahun lalu. Sesungguhnya sekolah ini terdapat banyak kenangan pahit dan manis buat Abang. Abang juga amat berasa bersyukur dengan segala pengorbanan dan usaha Abang selama ini. Akhirnya Abang dapat juga merealisasikan impian Abang untuk ke manara gading setelah sekian lama Abang menunggunya sejak form 1 lagi. Guru-guru di sekolah Abang ini juga semua baik-baik belaka. Alhamdulillah. Boleh dikatakan tanpa diorang Abang mungkin tidak berada di bumi UKM sekarang ini. Jadi terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya buat selama ini.
Okay itu adalah serba sedikit tentang sejarah sekolah Abang. Abang telah bersekolah di sini hampir lebih 7 tahun iaitu dari Abang form 1 hinggalah Abang tamat form 6 tahun lalu. Sesungguhnya sekolah ini terdapat banyak kenangan pahit dan manis buat Abang. Abang juga amat berasa bersyukur dengan segala pengorbanan dan usaha Abang selama ini. Akhirnya Abang dapat juga merealisasikan impian Abang untuk ke manara gading setelah sekian lama Abang menunggunya sejak form 1 lagi. Guru-guru di sekolah Abang ini juga semua baik-baik belaka. Alhamdulillah. Boleh dikatakan tanpa diorang Abang mungkin tidak berada di bumi UKM sekarang ini. Jadi terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya buat selama ini.

Okay yang gambar kat atas ni action je lebih, jangan tengok lama-lama nanti tergoda, hahaha.. Baik, kita sambung balik kisah tadi meskipun sekolah Abang merupakan sekolah harian biasa, sekolah Abang sering menjadi antara sekolah terhebat dalam kalangan sekolah harian biasa di dalam Daerah Kuala Kangsar. Jadi kalau kita dapat lihat kat sini sekolah Abang bukanlah biasa-biasa, bak kata orang zaman sekarang. Aceceh.. Namun begitu, sekolah Abang masih juga terdapat beberapa kekurangan, antaranya seperti sekolah Abang tak ada dewan tertutup a.k.a dewan besar yang berdinding dan siap berbumbung. Sekolah Abang ni hanya dewan terbuka di mana kalau ada hujan lebat atau angin kencang, maka pelajar-pelajar yang kat dalam dewan tu basah la jawabnya. Meskipun begitu, itu bukan penghalang buat Abang untuk Abang benci pada sekolah ke apa. Tidak sama sekali. Abang sangat sayangkan sekolah Abang tau.. Ceyy..
Tahun 2011 adalah tahun pertama Abang menjadi pelajar kat sekolah ni iaitu sebagai pelajar form 1 dan tahun 2012 sebagai pelajar form 2 dan seterusnya begitu sampailah tahun 2017 Abang tamat STPM. Nama-nama kelas kat sekolah Abang ni senang jer nak hafal sebab ianya semua berkaitan nombor semasa zaman Abang laa.. Contohnya kalau kelas hadapan bagi student form 1 seperti 101, 102 dan kelas hujung-hujung macam 106, 107. Haaa.. Abang dulu kelas hujung pun tak kelas hadapan pun tak.. sebab Abang bukannya pandai mana dan Abang juga yakin yang Abang tak ada laa bodoh mana. Sebab semua tu bergantung pada usaha kita semasa kita belajar bukan.. Kalau setuju senyum sikit.. hahaha.. Sekolah abang hanya menyediakan 7 buah kelas jer untuk setiap tingakatan dari form 1 hinggalah form 5 kecuali form 6 yang hanya ada 5 kelas setiap kemasukan pelajar baharu.

Haaa.. kembali pada kisah kelas paling hadapan tadi, kalau nak tau dalam seumur hidup Abang, Abang hanya pernah masuk kelas yang paling hadapan adalah semasa Abang bergelar pelajar form 6. Terasa bangga buat seketika. Ceyy.. Tapi kalau korang nak tau kedudukan kelas dalam tingkatan 6 ni bukan berdasarkan kepandaian adik-adik ya.. Tetapi susunan kelasnya adalah berdasarkan bidang yang kita nak ceburi. Contohnya kalau macam Abang, Abang minat nak ceburi bidang perakaunan atau kewangan. Jadi, Abang pilihlah yang pertama yang diberi nama 6A1. Dulu Abang ketua kelas tau. Uhuks.. tergedik pulak hahaha.. Tapi untuk adik-adik kat luar sana kalau tak minat nak sambung belajar ke tingkatan 6, tolong jangan paksa diri. Sebab kalau paksa diri memang susah sikit nak jadinya. Kecuali kalau adik memang dah terdesak (susah) atau dah tak nak menyusahkan mak ayah macam Abang, haa masa tu form 6 akan menjadi pilihan yang terbaik buat adik-adik.
Tapi actually, belajar kat mana-mana pun susah sebenarnya. Semuanya bergantung pada nawaitu (niat) adik-adik bukan? Jadi perlu diingat niat tu penting sebelum nak buat sesuatu perkara okay.

Haa.. yang ni gambar Abang masa dah nak habis sesi form 6. Sebenarnya kelas Abang semasa sesi form 6 lebih unik sebenarnya kerana tiga bangsa utama di negara ini wujud dalam kelas Abang even kelas Abang Melayunya adalah kaum yang minoriti di dalam kelas Abang. Alhamdulillah kami semua boleh hidup bagaikan satu family. tiada masalah dipanjang hampir 2 tahun berkenalan. Masing-masing menghormati antara satu sama lain. Dari mereka juga Abang dapat belajar macam-macam mengenai adat-adat yang belum tentu Abang tau sejak dari kecil. Jadi masing-masing dapat mengenali adat-adat yang terdapat pada kaum-kaum laim. Di sini jugalah tempat Abang mengambil kesempatan belajar bahasa Mandarin dan juga Tamil daripada mereka. meskipun hanya sekadar asas, ia tetap membantu Abang sikit-sikit. Itu perkara yang seronok tu sebab kalau kat kelas lain belum tentu dapat belajar sebab kelas Abang jer yang ada Cina dengan India ni. Aceceh..
Okay tu je Abang nak cerita harini. Sambung pula di hari kemudian..
Comments
Post a Comment