"Cerita Eco Hunt UKM 2018"
By: Abang McD


Pada hari aku menjalankan aktiviti ini aku rasa sangat penat setelah selesai semua aktiviti ni. Biasalah main game ni bukannya mudah. Kena cari klu-klu berdasarkan soalan yang diberi macam game exploraces lah katakan. Tapi yang menarik tentang game ni, kita just download jer aplikasi dia dekat Play Store then scan dekat klu-klu yang kita jumpa. Nama aplikasi tersebut adalah HP Reveal. Cara nak gunanya contoh bila kita scan dekat tempat yang kita anggap itu sebagai klu, so dia akan keluar soalan berdasarkan tempat klu yang kita cari.
Image result for hp reveal
Haaa.. Yang dekat atas ni adalah aplikasi yang aku maksudkan. Nak tahu lebih lanjut tentang penggunaan dia, korang kena download sendiri aplikasi ni. Then dari situ korang boleh belajar cara menggunakannya. Okay checkpoint pertama aku yang boleh dikatakan agak lama jugalah aku cari kat situ adalah dekat Pusat Kesihatan UKM. Haaa. Lupa nak bagitahu, even kami ni hanya pelajar FEP, tapi untuk game Eco Hunt ni, kami tetap kena jelajah satu UKM ni, sebab semua checkpoint game ni ada dekat serata UKM. Boleh dikatakan agar sukarlah juga nak cari sebab kami pun hanya dibahagi 10 orang ahli setiap satu kumpulan. 

So, nak tak nak dari 10 oarang kenalah berpecah lagi kepada tiga kumpulan kecil untuk cari semua checkpoint. Untuk kumpulan kecil aku, semua menjalankan tugas dengan baik di sepanjang aku berada dengan mereka. Actually, aku pun baru jer kenal mereka masa hari tersebut sebab diorang kan dari set lain, aku pula set lain. Jadi, semasa bergiat nak cari checkpoint tulah aku berkenalan dengan mereka. Dari situ barulah aku tahu yang sub teammate kecil aku ni merupakan pelajar lepasan diploma. Masa itu, aku pula rasa segan dengan diorang sebab yela aku ni hanya pelajar lepasan form 6. Banyak perkara yang diorang mungkin tahu tapi aku belum tentu tahu bukan. haha. 


Okay stop sampai situ. kita sambung balik kesah tadi. Haa. Dekat atas ni merupakan gambar kami dekat checkpoint pertama kami. Diorang berdua nilah teammate aku masa jalankan Eco Hunt ni. Papan tanda atau kenyataan yang dekat belakang kami tu merupakan checkpoint kami. Seperti yang ceritakan tadi, bila sampai saja dekat tempat checkpoint tu terus scan pakai aplikasi yang kami download tu. So, dia akan keluar soalan yang perlu kami jawab pada akhir tempat kami semua kena berkumpul setelah semua soalan dapat dikumpul. 

Lepas satu, satu tempat yang kami pergi antaranya bangunan dewan besar Dectar, bangunan Panggung Seni, Hotel Puri Pujangga, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Pusanika, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan lain lain lagi. Semua checkpoint ada dekat tempat tu, so bergantung pada usaha mana-mana grouplah kalau dapat jumpa checkpoint tu dulu. Aku bukan apa, bagi aku cari satu checkpoint tu bukanlah suatu yang mudah sebab biasalah UKM ni bukannya kecil. Bangunan-bangunan yang ada dalam UKM ni pun semuanya besar-besar belaka. So, as a leader aku kena mainkan peranan penting untuk memastikan semua teammates aku tak penat masa nak cari checkpoint tu. Aceceh. 


Bila dah selfie tu, hanya ukiran senyuman sahaja yang mampu kami semua beri meskipun hakikatnya teramatlah penat. Yela, takkan nak bagi muka sedih pula kan masa nak submit gambar-gambar bukti yang kami sampai dekat tempat checkpoint ni. Hahaha. Tapi alhamdulillah kami dapat sempurnakan juga tugasan permainan Eco Hunt ni dengan jayanya. Apabila kami semua dah siap cari semua soalan berdasarkan checkpoint yang diberi kami semua pun kembali ke fakulti kami untuk menjawab 20 soalan yang kami kutip. Meskipun team aku bukan antara team yang sampai awal dekat fakulti aku tetap bersyukur sebab semua ahli kumpulan aku beri komitmen dan kerjasama yang baik kepada semua ahli kumpulan. Kalau tak agak sukarlah kami nak berkumpul pada sesi akhir untuk menjawab semua soalan yang diberikan. 



Hanya keriangan sahaja yang mampu aku tonjolkan kepada semua ahli kumpulan aku. Actually group aku sebenarnya tak cukup 10 orang sebab ada salah seorang daripada group kami tak hadir masa hari kejadian. So even tak cukup seorang, kumpulan kami tetap boleh berjalan tiada masalah. Hahaha. Menang atau kalah adalah adat permainan. So, aku tak berapa kesah sangat. Yang penting aku dapat menimba suatu pengalaman baru dengan bermain permainan acah-acah exploraces tapi ianya lebih moden daripada exploraces yang biasa. Trust me. Permainan ini lebih best dan menarik. 


Comments

Popular Posts