SEJARAH PENUBUHAN MCDONALD'S
By: Abang McD


Pada hujung tahun 1930, keluarga Patrick McDonald, telah berpindah dari New Hampshire ke Hollywood. Anak-anak Patrick, iaitu Richard dan Maurice McDonald bekerja sebagai pemindah barang dan tukang cuci di studio Motion-Picture. Perniagaan makanan bermula apabila Patrick membuka gerai makan (food stand) berdekatan dengan Lapangan Terbang Monrovia, California. 

Menu pertama yang dijual ketika itu adalah sosej dan kemudiannya Patrick memasukkan hamburger ke dalam menu dengan harga 10 sen bersama jus oren dengan harga 5 sen. Maurice, 37 dan Richard, 31 yang dikenali sebagai Mac dan Dick tertanya-tanya sama ada impian mereka untuk bergelar jutawan menjadi kenyataan sebelum umur mereka mencecah 50 tahun.


Pada tahun 1940, adik beradik ini telah memindahkan perniagaan tersebut menjadi sebuah restoran kecil berkonsepkan pandu lalu di San Bernardino, California dan menamakan ia semula kepada "McDonald's Bar-B-Que". Menu restoran ini ditambah menjadi 25 kesemuanya yang mana kebanyakannya adalah barbeku.

Namun pada Oktober 1948, mereka menyedari bahawa keuntungan terbesar yang mereka perolehi adalah daripada menjual hamburger dan mereka boleh mengaut lebih keuntungan dengan mengubah konsep restoran dengan menghapuskan pandu lalu kepada sistem layan diri. Mereka juga menyelaraskan menu di mana hanya menu-menu yang terjual laris sahaja dikekalkan.



Antara menu-menu yang dikekalkan adalah hamburger, cheeseburger, keropok kentang, kopi, air berkarbonat dan juga pai epal. Perubahan yang digunapakai adalah menggunakan lampu pemanas sinar merah untuk mengekalkan kepanasan keropok kentang. Menurut Dick, mereka adalah orang yang pertama menggunakan teknik ini dalam industri makanan. Selepas setahun beroperasi dengan sistem baru, mereka menukarkan menu keropok kentang dan pai apple dengan kentang goreng dan milkshake.

Untuk memaksikmakan kecekapan servis, Mac dan Dick menghasilkan sistem beratur ketika pelanggan membeli makanan dan juga menyediakan makanan lebih awal. Restoran itu kemudiannya dinamakan semula sekali lagi kepada yang lebih ringkas, iaitu "McDonald's" yang anda lihat seperti hari ini, dan dibuka semula pada 12 Disember 1948.


Mac dan Dick yang bercita-cita tinggi ingin melebarkan sayap mereka untuk mencapai dua sasaran baru iaitu penambahbaikan kecekapan serta penampilan yang lebih menarik di mata pelanggan. Mereka memulakan usaha dengan menemuramah 4 arkitek dan akhirnya memilih Stanley Clark Meston dari Fontana. Kerja-kerja merekacipta bangunan baru mereka mula dilakukan.

Mereka melakukannya dengan melukis setiap peralatan restoran dengan ukuran sebenar menggunakan kapur di atas sebuah gelanggang tenis di belakang rumah mereka. Akhirnya rekabentuk restoran mereka siap dan sangat menarik perhatian dengan jubin seramik berwarna merah dan putih, lampu neon merah, putih kuning dan hijau, serta satu lengkungan logam berwarna kuning setinggi 25 kaki, yang digelar sebagai "golden arches". Mereka juga menggunakan satu karekter yang diberi nama Speedee memakai topi chef yang diletakkan pada papan tanda restoran.


Perubahan yang unik juga telah dilancarkan oleh McDonald's apabila mengubah restoran mereka menjadi rangkaian "fast-food" dimana mereka mematikan pemanas di dalam restoran bagi mengelakkan pelanggan daripada berada lama di dalam restoran. Mereka juga menghasilkan tempat duduk tetap dan bersudut supaya pelanggan makan lebih cepat dan menjauhkan kerusi antara satu sama lain supaya pelanggan kurang bersosial di dalam restoran.

Akhir sekali mereka menggunakan cawan berbentuk kon untuk mengisi minuman yang memaksa pelanggan untuk sentiasa memegang minuman mereka sambil makan yang mempercepatkan proses memakan. Sistem dan strategi ini telah digunapakai kemudiannya oleh restoran-restoran lain seperti Burger King, White Castle dan Subway untuk menjadikan restoran mereka sebagai sebuah restoran fast-food.

Comments

Popular Posts