"KISAH DIRI AKU"
By: Abang McD


Nama aku seperti yang ramai orang tahu iaitu Hakimi a.k.a Abang McD bagi yang dah biasa memanggil aku dengan gelaran tersebut. Kalau dalam family atau ahli-ahli keluarga atau sanak-saudara yang terdekat lebih terbiasa dengan memanggil aku dengan gelaran Angah disebabkan aku merupakan anak yang kedua dalam institusi keluarga aku. Megah bunyinya bukan? Tapi dekat sini aku cuma nak bagi tahu yang nama sebenar aku ialah Muhammad Iqmal Hakimi Bin Sufian. Yang ni baru nama yang Ayah aku kurniakan semenjak aku dilahir di Hospital Sungai Siput (U), Perak. Nafas pertama aku di muka bumi ini adalah pada tanggal 29 April 1998 Masihi bersamaan 2 Muharram 1419 Hijrah. Hebat bukan? Aku sendiri pun tahu tarikh kalendar Hijrah aku. Actually, bagi aku kedua-dua kalendar tu penting untuk kita guna dalam dunia harian kita. Kalau guna Masihi sahaja, nanti korang tak tahu bila anak bulan datang, bila sinaran bulan purnama datang, bila bulan sabit nak datang dan lain-lain lagi.

Okay berbalik kepada topik tadi, pasal nama aku sebenarnya Ayah aku bagi dekat aku sebab Ayah aku tertarik dengan forum atau ceramah terbuka yang bertajuk “Nama-nama yang Baik untuk Bakal Cahaya Mata” dikelola oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa beliau masih hidup dan beliau sampaikan di Masjid Ar-Ridzuan di Kuala Kangsar. Yang aku ingat, Mak aku ada cerita pasal ni di mana perkara ni berlaku sebelum Kakak sulung aku dilahirkan lagi pada tahun 1995. Jadi dekat sini kita dah boleh tahu dah Ayah aku dah plan nama aku dah lama sebelum Kakak aku lahir lagi pada tahun 1996. Kelahiran aku amatlah bermakna di dalam keluarga kami disebabkan aku merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga aku. Jadi Mak aku selalu berpesan pada aku “Angah, jaga diri baik-baik” walau di mana-mana sahaja aku berada. Biasalah Mak aku sayangkan aku. Biasalah anak Mak lah katakan. Tapi aku tak pernah kisah pun kalau ada orang cakap macam tu dekat aku. Sebab aku dilahirkan oleh manusia. Korang tu kalau bukan anak Mak anak siapa? Hahaha. Okay gurau.

Jadi sebagai penambahan cerita mengenai keluarga aku, kami mempunyai empat orang adik-beradik iaitu, Kakak aku (aku panggil dia Kakyong, lahir pada tahun 1996), aku sendiri (diorang panggil aku Angah), Adik perempuan bawah aku (kami semua panggil dia Kakchik, lahir pada 2005) dan akhir sekali Adik perempuan aku yang paling bongsu (Mia, lahir pada 2013). Sebenarnya, jarak kelahiran kami memang agak pelik sikit sebab jarak dia jauh-jauh. Tapi tak mengapa, yang penting kami semua tahu yang kami ni adik-beradik kandung. Itu yang paling penting sekali dalam institusi sesebuah kekeluargaan, sebab kalau tak kenal ahli keluarga susahlah. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal baru boleh cinta kan? Hahaha. Dekat sini bukannya apa, aku cuma nak tekankan family must be first in our life. Sebab apa-apa pun nanti semua berbalik kepada keluarga pada pandangan akulah. Tapi kadang-kadang aku tak faham kenapa kebanyakan kawan-kawan aku diorang lebih merujuk kawan daripada keluarga sendiri. Aku tertanya juga.

Tapi biarkanlah, mereka berhak untuk menentukan haluan hidup mereka. Yang penting diorang tak kacau hidup aku atau keluarga aku. Lainlah kalau diorang buat benda yang bukan-bukan, kalau berlaku situasi macam tu barulah aku ambil kesah dengan memberi sedikit teguran atau nasihat sebagai seorang seorang kawan even aku sedar aku bukanlah manusia yang baik mana. Kita hanya usaha, selebihnya serah pada-Nya. Okay ke mana kita tadi, dah jauh ke mana dah kita ni. Hahaha. Sekarang aku nak cerita tentang pendidikan aku pula. Aku mendapat pendidikan awal semasa aku berumur 6 tahun di prasekolah SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak. Setelah itu, aku masih lagi sempat menyambung sesi pembelajaran ke Darjah Satu di sekolah yang sama dan aku berpindah ke sekolah di kawasan zon Sungai Siput (U) disebabkan Ayah aku telah membeli rumah di sebuah taman di sana pada tahun 2005. Selepas itu, aku menyambung pelajaran aku sehingga ke Darjah Enam di SK Sungai Siput (U), Perak. Aku menduduki UPSR di sekolah ini.


Seterusnya, aku  menyambung sesi pembelajaran aku ke peringkat sekolah menengah ke SMK Toh Muda Abdul Aziz atau lebih disenangi dengan panggilan STMAA dari aku Tingkatan 1 hinggalah tamat Tingkatan 6. Lama bukan aku berkhidmat sebagai seorang pelajar di STMAA. Hampir 7 tahun lebih aku berada di STMAA menyebabkan aku rasa sebersalah apabila meninggalkannya. Segala kisah pahit manis aku berada di sana masih aku kenang lagi sehinggalah aku muncul di bumi UKM dengan mempunyai sebuah niat, cita-cita, wawasan, hasrat dan juga impian yang baharu. Kini aku sedar aku perlu pikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan yang keluarga aku tak sia-sia hantar aku belajar kat sini di samping aku perlu merealisasikan cita-cita aku pada masa akan datang sejak aku dari Tingkatan 4 lagi. Actually, cita-cita aku sebenarnya nak jadi seorang akauntan yang bertauliah sebagai kerjaya pilihan pertama aku dan kerjaya perguruan sebagai pilihan kedua. Itulah sebab mengapa perakaunan merupakan antara subjek dan bidang yang aku minat kerana ianya telah bermain di dalam fikiran aku sejak aku Tingkatan 4 lagi.



Aku ada juga buat research mengenai akauntan bertauliah ni selepas aku berjaya tamatkan PMR pada tahun 2013. Laluan nak jadi akauntan bertauliah sebenarnya ada banyak, ada yang jalan singkat dan ada juga yang jalan panjang. Jadi pilihan aku adalah jalan selamat, disebabkan aku bukanlah lahir daripada golongan orang berada. Dan sekarang aku dah nak hampir capai apa yang aku usahakan sejak aku dari Tingkatan 4 lagi. Semoga Allah merestui niat aku ini. Amin. Aku harap kepada yang si pembaca blog aku ini dapat mendoakan aku agar aku dapat menukar jurusan dari Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan kepada Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun hadapan, bagi memudahkan aku untuk merealisasikan impian aku untuk menjadi searang akauntan yang bertauliah pada masa akan datang. InsyaAllah. Semoga cita-cita Abang McD tercapai dengan jayanya pada masa akan datang.

Bersambung…

Comments

Popular Posts