BONDING BIRO KEBUDAYAAN, KOLEJ AMINUDDIN BAKI 2018 
(Part 2)
By: Abang McD

Okay part 2 aku nak cerita tentang apa berlaku pada waktu selepas senja bonding kami. Cerita dia macam ni, lepas jer selesai solat Maghrib mandi apa semua, kami pun prepare barang untuk makan malam atau kami panggil ‘Big Dinner’ la pada malam tu. Tempat bakar, ayam yang dah siap diperap, periuk, dapur kecil, barang-barang makanan semualah kami bawa keluar supaya majlis berjalan dengan lebih lancar setelah waktu Isyak nanti. 

Selepas jer hidup bara api dekat tempat bakar tu, barulah boleh rilek sikit. Nak hidupkan bara api kat situ bukanlah sesuatu yang mudah sebab angin kat sana kuat semacam jer bila selepas Maghrib. Jadi boleh dikatakan agak lama juga la masa yang diambil untuk menghidupkan bara api lebih kurang dalam 30 ke 40 minit juga laa.. Tapi yang penting lighter tu ada. Kalau tak ada macam mana nak hidupkan api. Hahaha..

Next, selepas semua dah settle kami pun bergilirlah pergi solat Isyak sebab surau kat sana takdalah besar mana boleh muat dalam 4 ke 5 orang jer. Surau dia tu macam bilik kecil jer. Jadi kalau nak sumbat semua solat sekali memang tak akan muat la ceritanya kan. Okay selepas selesai ibadat solat Isyak, kami pun kembali ke markas kami yang disekelilingi dengan beberapa buah khemah dan pokok untuk menyelesaikan apa yang patut. 

Boleh dikatakan semua ada kerja masing-masing untuk memastikan makan malam besar kami berjalan dengan lancar. Ada yang prepare masak maggie, ada yang prepare bancuh air, ada yang prepare masak sosej dan yang lain-lain semua busy tolong bakar ayam yang telah diperap pada hari sebelumnya. Rasa ayam itu memang sedap gila. Rugi kalau tak cuba rasa. Memang sedap tak terhingga. Begitu juga dengan hidangan makanan-makanan yang lain. Meletops..

Sambil aktiviti makan malam kami, Majlis Eksekutif Pelajar atau lebih dikenali MEP bagi Biro Kebudayaan kami pun ada membuat persembahan mereka dengan menyanyi lagu dengan menggunakan guitar milik saudara Ucin. Hahaha. Habis jer makan apa semua kami pun teruskan agenda kami dengan aktiviti permainan bonding kami. Sebelum kami bermain permainan bonding kami, kami telah diagihkan kepada dua buah kumpulan, kumpulan 1 dan kumpulan 2. Kumpulan 1 merupakan kumpulan yang satu geng dengan MEP kebudayaan kami yang bernama Wences dan kumpulan 2 pula adalah kumpulan yang satu geng dengan MEP kebudayaan kami yang kedua, Syams. Kalau korang nak tau Biro kami jer yang ada dua MEP. Biro-biro lain yang ada kat Kolej kami smuanya ada satu jer. 

Itu yang menunjukkan Biro kami ini sangat busy, tu sebab kena wujudkan dua orang MEP untuk Biro kebudayaan agar segala masalah dapat diatasi tanpa stress. Ceyy.. Okay berbalik pada kisa tadi, permainan yang kami main pada malam onding kami adalah permainan meneka lagu berdasarkan lirik yang dibaca oleh setiap ahli kumpulan, meneka reaksi apa yang ahli kumpulan persembahkan, pembaca berita berkepala tiga, prank dan lain-lain. Sememangnya semua permainan yang kami main, semuanya agak jenaka sikit. Sebab aktiviti bonding kami memang nak hilangkan stress yang timbul dari setiap semua orang. Jadi alhamdulillah semuanya happy pada malam tu. 









Comments

Popular Posts