(Part 1)
Pada minggu yang aku telah melibatkan diri dalam aktiviti bonding pertama aku semasa aku berada di UKM. Bonding pertama aku ini adalah berdasarkan penglibatan diri aku secara langsung dan tidak langsung di dalam Biro Kebudayaan, Kolej Aminuddin Baki. Seperti yang ramai tahu Kolej Aminuddin Baki atau lebih disenangi dengan panggilan KAB merupakan sebuah kolej sukan kerana kebanyakan penghuni kolej ini merupakan atlet sukan tidak kira wakil negeri atau negara. Akan tetapi, pada masa yang sama KAB juga bergiat aktif dalam kebudayaan kerana kebanyakan pertandingan yang dipertandingkan di UKM sendiri yang berkaitan kebudayaan habis semua disapu oleh KAB kalau tak dapat Johan dapat Naib Johan, kalau tak dapat Naib Jahan, dapat Johan balik. Hahaha. Okay itu adalah serba sedikit pengenalan mengenai kolej aku.
Seterusnya, kita terus ke bahagian apa yang berlaku pada diriku selama 2 hari aku di sana. Haaa.. Bonding kami, kami buat kat Blue Lagoon. Kalau dengar macam kat tempat Mat Salleh kan tapi sebenarnya ianya dalam Malaysia jer. Kalau tak tau Blue Lagoon kat mana, dia terletak kat pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Kepada yang tau tu diam-diam jelah erk. Kami dari KAB gerak ke kawasan destinasi bermula dalam anggaran dekat-dekat pukul 3:30 petang dengan menggunakan kenderaan sewa sebanyak 4 buah kereta sewa. Boleh dikatakan banyak juga laa kos yang digunakan untuk kenderaan sahaja untuk ke sana. Then, alhamdulillah kami selamat tiba ke destinasi pada pukul 5 petang macam tu.
Haaa.. Gambar kat atas diambil setelah kami selamat sampai ke destinasi yang kami hajati. Tengok comelkan kami? Hahaha.. Pemandangan gambar yang kat belakang tu merupakan pantai sempadan antara Negeri Sembilan dan juga Melaka. Kalau nak tau yang tukang selfie berkaca mata tu lah driver kami dari UKM ke Blue Lagoon. Nama dia Najwa anak kepada Sharidan, single atau taken? sendiri tanyalah bro. Tapi kalau yang dekat belakang-belakang dia tu insyaAllah single lagi. Aishh.. Kalau berminat boleh pm Abang kat tepi. Aceceh.. Selepas dah sampai ni macam biasa la, hidup sebagai student ni kita kena berjimat sikit. Nak sewa chalet mahal, sewa kereta pon dah nak dekat RM500. So, kami dah prepair awal-awal bawa khemah siap-siap untuk dibina agar dapat berteduh di malam hari. Hahaha..
Next, apabila semua barang dan beg dah bawa turun dari kereta lalu dibawa masuk ke dalam khemah, kami pun singgah ke gerai-gerai yang berdekatan untuk makan tengah hari kami yang sepatutnya makan sebelum gerak dari UKM lagi tetapi kami terpaksa tangguhkannya untuk sesi petang sebab keadaan masa yang tidak mengizinkan. Kalau tidak gerak lambat lagi la jawabnya. Harga makanan dan minuman kat gerai-gerai tu boleh tahan juga laa. Tapi kalau aku makan kat Cafe Siblings kolej aku jauh lebih jimat lagi la.. Hahaha.. Tapi sekarang kita berbonding kan? So, habiskan sikit wang untuk makanan takpa kott. Bukan habiskan duit buat benda bukan-bukan kan. So tepuk dada, tanya selera. Setelah selesai sesi pemakanan apa semua kami pun prepare pakaian apa yang patut untuk dipakai semasa mandi di pantai. Pantainya sangat menarik jika kita lihat betul-betul laa..
Gambar kat atas ni merupakan gambar yang telah diambil pada waktu senja di mana pada waktu senja ini fenomena pantai akan nampak lebih unik dari biasa yang kebiasaannya orang-orang kawasan sini mengatakan "The Real Blue Lagoon". Kalau tengok betul-betul pun memang nampak biru laut je pun. Hahaha.. Inilah gambar yang diambil untuk menunjukkan yang kami semua Buddyz, kami takkan terpisah bak kata iklan Digi Ku Bersama Mu. Tak kisahlah kau umur 19 ke? 20 ke? 21 ke? Dengan adanya bonding ni kami semua kelihatan sebaya semua. Tak ada tua then tak ada muda. cehh.. Tapi apabila dah sesi pengenalan kantoilah kat situ. Adeyyhh.. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan sementara nak menunggu waktu maghrib. Antaranya lawan renang, tahan nafas dalam air, bina gerbang tinggi panjat-panjat badan dan macam-macam lagi untuk hari yang pertama. Akhirnya, maghrib pun tiba.....
KITA SAMBUNG KE PART YANG KEDUA NANTI... 👦👦👦
Comments
Post a Comment