Penafian ini
perlu dinyatakan dengan jelas kerana ia merupakan tanggapan yang sering kita
dengar dari suara-suara pemboikot. Ramai menyangkakan bahawa syarikat induk
McDonald's Corporation (McDonald's AS) yang berpangkalan di Amerika Syarikat
ini adalah syarikat milik Yahudi dan merupakan penyumbang utama dana kepada
Zionis-Israel.
Ia merupakan satu tuduhan liar tanpa memahami bagaimana syarikat gergasi
antarabangsa seperti McDonald's AS ini beroperasi. Apa yang sedihnya tuduhan
ini dipersetujui oleh segelintir pihak tanpa kajian mendalam terhadap dakwaan.
Tanpa memahami situasi, dihebah meluas pula di laman sosial.
Mari kita fahami secara mudah modul perniagaan McDonald's AS ini. McDonald's AS
merupakan sebuah syarikat senarai awam (Public Listed) di Bursa Saham New York
(NYSE) sejak tahun 1968. Apabila sudah tersenarai awam pemilikannya adalah
mengikut pegangan saham.
Sahamnya pula bebas dijual beli oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan dan
berminat. Ini bermakna organisasi ini tidak dikuasai individu atau entiti
tertentu sahaja. Sehingga Mac 2014, terdapat lebih daripada 1.8juta pemegang
saham McDonald's AS yang terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa, agama dan
negara.
Bukan rahsia,
apabila sejumlah besar unit saham McDonald's AS ini turut dipegang oleh
para pelabur beragama Islam. Fakta lain yang perlu ditekankan adalah tiada
mana-mana pemegang saham ini memiliki lebih daripada 10% jumlah saham.
Sebagai contoh,
jika kita lihat pada jadual dibawah. Pemegang saham terbesar sebanyak 6%
dikuasai oleh Vanguard Group Inc dengan lebih 55juta unit saham. Kedua terbesar
pula dari State Street Corporation yang miliki 4.86% yang mewakili lebih 44
juta saham. Terendah dipaparkan adalah Columbia Management Investment Advisers
yang memegang 0.6% berjumlah 5.5juta saham.
Rata-rata
senarai teratas pemilik saham ini daripada Institusi Kewangan dan pelaburan
dari seluruh dunia. Cuba bayangkan kita baru lihat senarai 20 teratas
pemegang saham terbesar McDonald's. Tidak sampai 0.001 peratus dari jumlah 1.8
juta pemegang saham keseluruhan disebutkan. Sebagai sebuah syarikat
tersenarai awam, McDonald's AS tertakluk kepada peraturan Suruhanjaya Sekuriti
dan Bursa (SEC) AS, di mana setiap perbelanjaan perlu diaudit dan dilaporkan
sebagai tanggungjawab kepada pelabur.
Dalam
model perniagaan begini, segala keputusan adalah melalui lembaga pengarah dan
sudah tentu lembaga pengarah tidak mahu melibatkan diri dalam konflik yang
boleh menjejaskan kedudukan para pelabur. Risikonya terlalu besar untuk
dilibatkan. Jika ini berlaku sudah tentu, pelabur akan lari meninggalkan
McDonald's dan ini mengecilkan modal perniagaan organisasi Ia asas yang
dipraktikkan oleh mana-mana syarikat senarai awam di Malaysia.
Kesimpulannya,
tiada satu pun petunjuk yang menyatakan bahawa McDonald's ini adalah milik
Yahudi. Dari point pertama sahaja, sebagai sebuah syarikat senarai awam di
bursa saham, sudah cukup mematahkan fitnah yang tidak berasas ini.
#PenggemarMcD
Comments
Post a Comment