By: Abang McD
Seperti yang kebanyakan orang Malaysia tahu, UKM adalah antara universiti yang tersohor di Malaysia dan boleh dikatakan antara universiti yang Top di dunia. Saya sebagai seorang insan yang dahagakan ilmu sentiasa menuntut sesuatu ilmu yang baharu dan mencari sesuatu ilmu yang lebih mencabar agar saya menjadi seorang insan yang lebih matang pada masa akan datang. Jadi, UKM adalah first choice saya semasa saya mengisi permohonan UPU bagi sesi tahun 2018/19. Then, Alhamdulillah, dengan berkat Ilahi, saya ditakdirkan untuk menjadi sebahagian mahasiwa prasiswazah UKM bagi sesi tahun ini.
Seterusnya, program yang
telah saya perolehi bagi sesi prasiswazah saya sebagai penuntut ijazah sarjana
muda di UKM ini adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan
Kepujian (BBA) di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Tetapi saya berhasrat
untuk menyambung ke Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun kedua kerana
cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang akauntan yang bertauliah. Tetapi
jika ditakdirkan tak dapat, saya mungkin akan kekal dengan program saya dengan
mengambil majoring Finance sebagai laluan saya untuk mengejar haluan saya di
masa hadapan sebagai cita-cita kedua sebagai banker. Memang sejak dari alam
sekolah menengah lagi saya sangat berminat untuk menceburi bidang-bidang yang berkaitan
dengan dunia kewangan. Setelah menghadiri Minggu Mesra Mahasiswa (MMM), satu
lagi harapan baharu muncul dalam kehidupan saya iaitu, saya ingin menjadi dekan
seperti senior-senior dan alumni-alumni UKM yang berjaya.
Jadi
dengan kesempatan yang saya perolehi di UKM ini, insyaAllah saya akan
memanfaatkan apa sahaja kemudahan yang disediakan bagi memastikan hasrat atau
impian saya tergapai di akhir pengajian saya nanti. Selain itu, harapan saya
yang berikutnya adalah saya ingin mencebur diri dalam semua sukan yang saya
minati di sepanjang saya berada di UKM ini agar saya mampu menguji bakat yang
saya ada untuk bersaing secara sihat dengan semua mahasiawa-mahasiawa
universiti yang bergelar prasiswazah tidak kira sukan antara kolej (SUKEM),
sukan antara fakulti (SAF) mahupun sukan antara IPT (SUKIPT) jika seandainya
diberi peluang untuk menonjol bakat yang ada.
Sehubungan dengan itu, saya juga berharap dapat
menyertai badan-badan beruniform seperti polis (SUKSIS), askar (PALAPES),
jururawat (BSMM), angkatan pertahanan awam (APM) dan lain-lain. Hal ini kerana
saya memang sejak dari sekolah rendah lagi minat akan keseragaman dalam
aktiviti beruniform seperti aktiviti kawad kaki kerana ia kelihatan suatu
keadaan itu nampak seperti luar biasa atau so amazing in English nya.
Saya juga baru-baru ini telah menjalani ujian fizikal SUKSIS di Kolej Keris Mas
yang merupakan antara kolej yang terbesar di kampus induk UKM dengan kebanyakan
penghuninya adalah kadet polis (SUKSIS). Ujian fizikal dia juga agak mencabar
tetapi saya sangat berharap yang saya akan diterima untuk menjalani sesi
berikutnya iaitu proses temuduga di mana hanya sebahagian kecil daripada shortlisted akan
diterima untuk menjadi ahli SUKSIS seraya terus menjadi anggota SUKSIS pada
awal bulan 10 ini, insyaAllah.
Jadi, dengan semua harapan ini, saya mampu untuk
menjadi seorang mahasiswa yang seimbang dan cemerlang tidak kira dalam akademik
tetapi juga dalam sahsiah dan juga kokurikulum bagi memastikan saya menjadi
seoarang pemimpin yang bertauliah pada masa akan datang, InsyaAllah. Terima
kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Sekian.
Universiti Kebangsaan Malaysia
"Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan.."
abg, mc chicken satu set. nk yg large
ReplyDeletediam laa haha..
Delete