"Pengalaman Hidup Form 6"
By: Abang McD
First, aku nak bagitahu, Form 6 bukanlah pilihan utama aku nak sambung belajar lepas je SPM. Aku masuk form 6 ni mula-mula dulu pun sebab nak tunggu tawaran IPTA(UPU) dan tunggu permohonan rayuan matrikulasi sebab first intake untuk matrikulasi aku tak dapat. Tapi, aturan Allah siapa je yang tahu kan. Mungkin dah rezeki aku dekat form 6 dan aku tak menyesal ambil Form 6/Tingkatan 6/PraUniversiti/STPM dulu. Hahahaha.

Ni masa hari pertama nak pergi daftar masuk form 6. Aku bukan orang yg pakai spec sebenarnya, tapi sebab taknak orang kenal, so aku pakai spec yang takde power bagi taknak junior-junior aku kenal. Hahaha. Sekolah yg aku dapat untuk form 6 ni sebenarnya sekolah yang sama aku belajar masa form 1 hinggalah aku form 5. So, aku dah biasa dengan persekitaran kat sana. Means aku ni budak sekolah tulah. Sekolah aku biasa jer, nak kata tengah sangat pun tak, nak kata kawasan pedalaman pun tak. So, aku kalau nak pergi sekolah aku naik motor jer. Sebab apa-apa nanti senang nak gerak bukan. Hahaha.

Related image

Masa zaman aku masuk Form 6 pertengahan tahun 2016 dulu, diorang dah start pakai baju biasa. Means dah takde lagi pakai baju sekolah macam dulu. Masa hari pertama orientasi dulu memang main langgar je pakai baju apa, seluar apa & kasut apa.

*Kod pemakaian masa form 6, Bagi lelaki: baju formal iaitu baju kemeja, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam.
*Bagi perempuan pulak: Tudung bawal (bagi yang Islam), Baju kurung atau baju kemeja/blouse kosong, seluar slack hitam/skirt hitam labuh/ skirt bawah lutut (bagi yang bukan beragama Islam) dan kasut hitam bertutup.

                Masa aku dah masuk Form 6, aku dapat pulak tawaran rayuan ke Matrikulasi Perlis yang  untuk satu tahun punya pengajian. Masa tu aku ada 3 hari je nak buat confirmation & nak uruskan semua. Masa tu hati aku memang dah terdetik nak pergi, tapi macam terlampau tergesa-gesa sangat & hati macam 50-50 lagi. So, ayah aku cakap "Kau amik jelah F6 ni. Org ckp F6 ni bagus". So, aku pun malas nak fikir-fikir, aku teruskan jelah amik F6 walaupun mcm hmmm. Dalam bulan tu jugak, aku dapat tawaran masuk IPTA kat UiTM Alor Gajah, Politeknik Ungku Omar, KPM dekat Ayer Molek, Melaka. Tapi semua tawaran tu aku tolak sebab malas dah nak fikir walaupun course yang aku dapat tu boleh tahan hebat juga.

Ada suatu hari ni, sorang makcik datang rumah aku nak amik kuih yg dia tempah sbb ibu aku ni tauke kuih.

Pastu dia tanyalah "Adik belajar mana?"

Aku jawab "Amik Form 6 je"

Pastu dia perli "Ohh... tak dapat tawaran pergi mana-manalah tu kan? Tu yang dapat F6 je"

Aku dalam hati be like " Kau pehal makcik nak rendah-rendahkan aku amik F6. Hak'alah, aku dapat je tawaran lain yang course dia lagi gempak dari form 6 tapi aku je yang taknak pergi. Macamlah Form 6 ni teruk sangat"

Tapi aku buat dek jelah. Malas nak layan orang macam tu.

Pada aku form 6 lebih jimat dan lebih selamat untuk ke ijazah sarjana muda IPTA. Lagipun form 6 ni tak payah dah nak pinjam PTPTN, so nanti takdalah hutang bertimbun-timbun. Pada aku belajar kat mana-mana pun susah kalau takda usaha. Tapi kehidupan form 6 ni memang betul-betul mencabar. Kalau tak suka benda-benda yang mencabar, janganlah pilih form 6 sebagai laluan anda ke ijazah. Itu hanya nasihat akulah. Kalau tak nak dengar tu masalah anda, bukan masalah saya. Uhuks.

Dekat sekolah aku, aku merupakan student yang ambil aliran sastera. Meskipun begitu, subjek yang aku ambil merupakan Antara subjek-subjek yang tuff la juga seperti Pengajian Am (yang ni wajib kalau nak masuk IPTA), Pengajian Perniagaan (subjek yang paling banyak kena menghafal), Ekonomi (subjek yang paling aku suka, tu sebab dapat A tu hihihi) dan Perakaunan (subjek yang paling susah nak skor, kalau kau dapat A tu memang orang respect kau). Aku juga merupakan kelas yang paling hadapan dalam dunia form 6, boleh la dikatakan pertama dalam semua. Cehh. Tapi walaupun kelas pertama bukan bermakna kami yang penghuni kelas ni bijak ke apa. Kami hanya dipecahkan kepada aliran yang kami minat jer. So, kalau kau minat sejarah, kau ambil kelas yang ada sejarah. Kalau kau minat seni, kau ambil kelas yang ada seni. Senang bukan? Cabang form 6 ni luas kalau korang nak tahulah.

Masuk jer sem 2, kami dah start kena buat kerja kursus. Bermulalah kerja kursus pertama aku untuk subjek Pengajian Am. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga buat perbentangan VIVA. Tapi tulah, bila masuk sem 2 ni dia jadi lain sikit. Aku ni bila dah focus sangat buat kerja kursus, aku mesti kurang masa untuk study subjek-subjek yang lain. Lepas itu, sem 2 jugalah aku mula bergiat aktif dalam kokurikulum. Yelah apa guna jadi pengerusi kelab, persatuan bagai. Kalau tak buat apa-apa program bukan? Jadi aku sebagai Pengerusi Kelab Entrepreneur, aku bertanggungjawab untuk melaksanakan program keluar kawasan sekolah dalam satu hari. Yelah students form 6 kan hari-hari stress hadap buku jer. So aku cubalah buat program ni.

Disebabkan benda-benda itu selalu bermain dalam fikiran aku, akhirnya aku berjaya bawa hampir semua student f6 keluar kawasan sekolah dalam satu hari dan bergerak ke kawasan Zon Perindustrian Selangor, Management and Science University (MSU), dan Muzium Coklat. Aku bukan apa, aku Cuma nak tengok diorang happy jer. Tugas ni boleh tahan agak berat jugalah sebab kena sediakan kertas kerjalah apalah untuk cari sponsor program kami. Tapi aku biasanya jadikan perkara macam ni sebagai satu cabaran dunia form 6 aku. Biasalah bila dah masuk form 6 ni, tak banyak program yang ada untuk pelajar form 6. Kalau peri mana-mana sekolah pun memang macam itu. So, kalau korang nak buat program apa-apa, korang kenalah cari orang yang macam aku or korang sendiri yang kena jadi macam aku. Cehh.

Now, cerita pasal sem 3 pula, semester yang memang kena buat betul-betul. Sebab wajaran pun tinggi dari sem 2. Pastu dahlah TAK ADA repeat paper! Untuk aliran kelas aku memang penat sikit la. Sebab kelas aku ada 3 subjek yang ada kerja kursus, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Perakaunan. Paling penat sekali kalau buat kerja kursus Pengajian Perniagaan. Helaiannya saja hampir 60 muka surat. So untuk subjek ni je aku ambil masa sebulan lebih untuk disiapkan. Untuk kerja kursus subjek lain, aku siap dalam masa dua minggu jer. Sebab tak banyak. So sem 3 ni memang busy sikit. So aku memang langsung tak bergiat aktif dalam apa-apa pun aktiviti kokurikulum. Jadual aku memang padat setiap hari. Even aku tak study mana pun. Uhuks. Biasalah lelaki kan.

Tapi tak mengapa yang penting aku berjaya habiskan dunia form 6 aku dengan jayanya even cita-cita nak dapat 4 flat tu tak Berjaya. Hahaha. Bukanlah suatu mudah nak dapat 4 flat tu. So bagi aku, dengan kehadiran pointer yang aku peroleh aku dah bersyukur dah. Bukan senang nak dapat pointer atas 3.0 bukan? Nama pun form 6, standard A-level. Cehh. Okay itu sahaja aku nak share tentang kehidupan aku semasa aku menjalani kehidupan form 6 (STPM). Yang penting aku dah pijak menara gading dah sekarang seperti apa yang aku hajatkan sejak sekian lama. Alhamdulillah.

Comments

Popular Posts